Jumaat, Februari 15, 2008
Busana (yang) Melayu
(Syarat pesanan Syeikh Nuh Ha Mim kepada Sultan Muhammad Syah dalam Manikam Kalbu)
Syarat pertama: Busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah. Barangsiapa memakai singkap menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.
Syarat kedua: Busana Melayu itu pantang kainnya nipis, apabila kain nipis, di situlah tempat setan dan iblis. Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang. Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata, tanda dirinya dalam nista.
Syarat ketiga: Busana Melayu itu mestilah pantang berpotongan ketat. Tiada boleh sama sekali nampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barangsiapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit. Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh.
Syarat keempat: Pantang Busana Melayu mengada-ngada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Apabila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri. Jika memakai menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.
Syarat kelima: Dilarang sekali memandai-mandai. Kerana apabila pakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan