Rabu, November 28, 2007

PENGHARGAAN BUAT SEORANG ISTERI




Terima kasih kepada isteri-ku kerana bersabar dengan karenah-ku dan segala ujian hidup selama ini. Terima kasih kerana bersama-ku menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana pengalaman (diuji) itulah sebenarnya kehidupan kita. Apatahlagi bagi perkahwinan yang masih hijau ini.

Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa cinta dan kehambaan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan (walau terkadang 'stress' mengabur pandu). Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang dengan kehendak-Nya, kami bertemu.

Ameen…

p/s: Dunia ini berubah dan akan terus berubah, begitu juga kita sebagai isi-nya, asal saja perubahan itu menuju kebaikan

Abunajwa

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanks a bunch my beloved husband... i can't say a word...

page counter